Saturday, October 9, 2010

JANGAN BERSEDIH, Kebahagiaan Pasti Bersamamu!

Bergembiralah Wahai Orang Yang Dilanda Musibah..

Kenapa..

Sesungguhnya dugaan, musibah dan segala peristiwa yang membuatkan kita berasa sedih merupakan ciri-ciri kehidupan dunia yang hanya SEMENTARA ini. Tiada hari yang dilalui tanpa terjadi sesuatu yang meresahkan manusia dan menyusahkan hidupnya.

Seorang penyair bersajak:

Diri kamu diciptakan dalam kekeruhan
Malah kamu inginkannya kesenangan.


Bagi yang merasakan dirinya AKU BERTUHAN..

Dia menerima sebarang bentuk ujian dengan senang hati TAKDIR ILAHI.

MENGAPA ?

Kerana DUKACITA, RASA KESAL dan PROTES tidak akan mengubah permasalahan sedikitpun sebaliknya mengundang penderitaan dan membuat ALLAH s.w.t kerana tidak redha dengan apa yang berlaku.

Nabi S.A.W. bersabda:
Ertinya : Sesungguhnya besarnya pahala terletak pada besarnya dugaan. Sesiapa yang redha (menghadapi dugaan) tentunya dia memperoleh keredhaan Allah dan sesiapa yang kecewa (menghadapi dugaan) tentu dia dimurkai Allah.
(HR. Al. Tirmizi )

Kadang kala dugaan ini merupakan petanda seseorang itu akan melakukan kebaikan. Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya: Seseorang yang dikehendaki Allah menjadi baik pasti akan diuji terlebih dahulu. (H.R. Bukhari).

Jadi..banyakkanlah berdoa padaNya supaya diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menempuh ujian kehidupan ini. Tanya la pada diri sendiri..apa yang aku nak cari kat dunia yang sementara ini..?bekalanku dah cukup atau belum..mengapa mesti bertangguh untuk melakukan sebarang transformasi..?

Hadirkanlah rasa AKU BERTUHAN..nescaya kita akan berada di landasanNya.

No comments:

Post a Comment