Tuesday, May 3, 2011

2011 Menjelma

Assalamualaikum w.b.t
Selamat datang dan selamat kembali wahai tuan empunya blog..=)
Waargh, banyaknya habuk..sawang..huk3
Siapa la yang tolong cuci ni..?ermmm..dah lama tak ada entry baru kan..haish, si kerdil ini tak pasti apa yang perlu dicoretkan..macam skema la pulak ayat ni..huk3

Hampir setengah tahun berlalu..
si kerdil ini masih belum mendapat idea..idea apa..?
idea nak kemaskini blog..masih tercari-cari...nak bawa unsur apa..ketuhanan?bicara hati..?kehidupan..?kawan..?warghh..banyak sangat yang ingin diluahkan..

Sedar tak sedar, bulan peperiksaan sudah menjelma..
namun, tiada satupun yang tercoret kat blog ni..
Ya Allah, betapa malunya aku padaMu..
sibuk sangatkan aku..?waaaaa
Erm..apa-apapun, InsyaAllah, si kerdil ni akan cuba sedaya upaya nak aktif kembali lepas ni. InsyaAllah, 2-3 entry dalam seminggu. Bukan apa, yang jadi malas ni sebab baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni..hu2. Terpegun tengok blog kawan-kawan yang cantik2..huk2

Kepada sahabat-sahabat yang dah habis exam..
SELAMAT BERCUTI, SELAMAT MENGISI MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI YANG BERMANFAAT..MOGA DIKIRA SEBAGAI AMAL IBADAH..=)

kepada sahabat-sahabat yang bakal menduduki exam,
SELAMAT BERTEMPUR..SELAMAT MENGULANGKAJI..
BITTAUFIQ WANNAJAH..

Dikesempatan ini, si kerdil ni nak mohon ampun dan maaf pada semua sahabat2 yang mengenali mahupun tidak akan diri ini. Jutaan kemaafan kupohon dari kalian dan berlapang dadalah denganku kerana aku ini tidak lain tidak bukan hanyalah seorang hamba yang dhaif, kerdil lagi hina..

=)

Thursday, October 28, 2010

Silih Ganti Rasa

TUHAN..
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN...
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmat-Mu
aku syukur dan akur
lupa aku mengenang-Mu
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN...
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-Mu
ingatkan daku
agar mengingat-Mu

TUHAN...
BicaraMu tanpa suara
BelaianMu hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun CintaMu ketara jua...

Dipetik dari Di Mana DIA Di Hatiku (oleh Pahrol Mohd Juoi)

Wednesday, October 20, 2010

Zikir Harian

[zikir+harian.bmp]

Layari di http://iman-nuha.blogspot.com/2008/12/zikir-harian.html

Kelebihan berzikir:

  • Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
  • Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya :Rasulullah saw pernah berkata kepadanya : Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? Jawabnya : Ya aku mahu. Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis ? Majlis zikir, dan apabila engkau bersendirian maka gerakkanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah.

Monday, October 11, 2010

Kasih Sayang Sesama Muslim

Ertinya:
Daripada Nu'man Bin Basyir radiallahu anhuma berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam hal mereka saling cinta mencintai, aksih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka, adalah seperti sebuah tubuh badan. Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit maka seluruh anggota badan akan turut berjaga malam dan merasakan demam."
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Saturday, October 9, 2010

JANGAN BERSEDIH, Kebahagiaan Pasti Bersamamu!

Bergembiralah Wahai Orang Yang Dilanda Musibah..

Kenapa..

Sesungguhnya dugaan, musibah dan segala peristiwa yang membuatkan kita berasa sedih merupakan ciri-ciri kehidupan dunia yang hanya SEMENTARA ini. Tiada hari yang dilalui tanpa terjadi sesuatu yang meresahkan manusia dan menyusahkan hidupnya.

Seorang penyair bersajak:

Diri kamu diciptakan dalam kekeruhan
Malah kamu inginkannya kesenangan.


Bagi yang merasakan dirinya AKU BERTUHAN..

Dia menerima sebarang bentuk ujian dengan senang hati TAKDIR ILAHI.

MENGAPA ?

Kerana DUKACITA, RASA KESAL dan PROTES tidak akan mengubah permasalahan sedikitpun sebaliknya mengundang penderitaan dan membuat ALLAH s.w.t kerana tidak redha dengan apa yang berlaku.

Nabi S.A.W. bersabda:
Ertinya : Sesungguhnya besarnya pahala terletak pada besarnya dugaan. Sesiapa yang redha (menghadapi dugaan) tentunya dia memperoleh keredhaan Allah dan sesiapa yang kecewa (menghadapi dugaan) tentu dia dimurkai Allah.
(HR. Al. Tirmizi )

Kadang kala dugaan ini merupakan petanda seseorang itu akan melakukan kebaikan. Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya: Seseorang yang dikehendaki Allah menjadi baik pasti akan diuji terlebih dahulu. (H.R. Bukhari).

Jadi..banyakkanlah berdoa padaNya supaya diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menempuh ujian kehidupan ini. Tanya la pada diri sendiri..apa yang aku nak cari kat dunia yang sementara ini..?bekalanku dah cukup atau belum..mengapa mesti bertangguh untuk melakukan sebarang transformasi..?

Hadirkanlah rasa AKU BERTUHAN..nescaya kita akan berada di landasanNya.

Wednesday, October 6, 2010

Alhamdulillah..

Syukur..ke hadratNya..akhirnya..tercipta jua sebuah blog yang mengisahkan kembara seorang hamba untuk mencari CINTA ILAHI..hurm..masih terlalu awal untuk membicarakan soal cinta. Kenapa CINTA..?menarik untuk dikupas dan mungkin tiada kesudahan bagi seseorang yang mencari CINTA HAKIKI.

Kenapa perlu cinta hakiki..?